Wednesday, May 6, 2009

Lawatan Tapak Projek Ikan Keli Parit Kerimon, Benut, Pontian, Johor


Terletak di Daerah Pontian, Johor, tapak ternakan ikan keli ini berada di Kampung Parit Kerimon, lebih kurang 30 minit perjalanan daripada Pekan Benut, Pontian. Manakala jarak perjalanan tapak ternakan ini dengan tapak projek yang bakal diusahakan oleh Noh Fadzil di Kampung Seri Belahan, Rengit adalah lebih kurang 15 minit perjalanan. Projek ternakan ikan keli ini dipunyai oleh En Mohammad. Seorang usahawan kampung peringkat pertengahan yang kompiten dan bekerja keras. Dengan dibantu oleh anaknya, Sdr Taufik beliau terus gigih meneruskan minatnya menternak ikan keli.
































Sebanyak 8 kolam kanvas telah disediakan untuk menternak keli secara kecil-kecilan ini. Mempunyai frame besi bagi menyokong setiap kanvas serta beratapkan jaringan mata punai. Setiap 2 buah kolam kanvas dirapatkan secara berkembar. Projek menternak ikan keli ini baru sahaja beroperasi 8 bulan yang lalu. Diusahakan dengan amat sederhana, jadual pemakanan diberikan dengan rutin yang telah ditetapkan. Terdapat 2 cara pemakanan diberikan iaitu pemakanan dedak dan pemakanan semulajadi habitat ini. Bagi pemakanan semulajadi, beliau meletakkan keladi bunting didalam 4 buah kolam yang pertama. Bagi 4 buah kolam yang kedua, beliau tidak meletakkan keladi bunting. Setiap kolam mempunyai drain plug bagi tujuan mengalirkan air keluar sekiranya diperlukan. Lawatan ke sini telah dilakukan oleh Noh Fadzil sendiri. Ini bagi membolehkan kami bertanyakan perkara-perkara yang bersangkutan dengan projek penternakan ikan keli secara lebih fokus. Noh Fadzil telah mendapatkan pandangan En Mohammad berkaitan projek ternakan ini. Sedikit ilmu yang diberikan oleh En Mohammad benar-benar membantu kami yang baru hendak berjinak-jinak untuk memulakan projek ternakan ikan keli ini. Tinjauan disekeliling kolam ternakan serta penerangan oleh En Mohammad telah dapat memberikan kami sedikit ilmu dan panduan yang berharga. Kepada En Mohammad dan anaknya iaitu Sdr Taufik, kita orang doakan agar projek ternakan ikan keli yang sedang diusahakan ini akan lebih berjaya dan mendapat pulangan serta keuntungan yang berlipat kali ganda pada masa akan datang. Usaha yang gigih dan kental akan dapat membuahkan hasil yang lebih baik dan lumayan. Teruskan usaha ini dan semoga lebih berjaya…


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..sy Mohd Syafiq pelajar thn akhir dari UTM skudai..blh tak sy nk minta beberapa bantuan dari segi maklumat mengenai ikan keli dr abg utk kajian yg sedang sy jalankan..sy harap abg sudi beri sedikit bantu untuk kajian yg sedang sy jalnkan.. :) nie email sy mohdsyafiq87@gmail.com atau fb : d_syaq@yahoo.com

    terima kasih :)

    ReplyDelete

Iklan Kesihatan Istimewa-Cuba Klik Sini