Wednesday, May 6, 2009

Lawatan Tapak Ternakan Ikan Keli Parit Tengah, Rengit, Batu Pahat, Johor


Terletak di Pekan Rengit, daerah Batu Pahat, Johor, tapak ternakan ikan keli ini berada di Kampung Parit Tengah, lebih kurang 15 minit perjalanan daripada Pekan Rengit, Batu Pahat. Pekan Rengit begitu sinonim dengan jualan peralatan/perabut dan lain-lain keperluan rumah samada interior design maupun external design secara jualan barangan terpakai. Jarak perjalanan tapak ternakan ini dengan tapak projek yang bakal diusahakan oleh Noh Fadzil di Kampung Seri Belahan, Rengit adalah lebih kurang 10 minit perjalanan. Projek ternakan ikan keli ini dipunyai oleh En Salleh. Seorang usahawan muda yang baru menceburkan diri dalam dunia penternakan ikan keli dan baru menamatkan perkhidmatan didalam PDRM begitu kompiten, bersungguh-sungguh dan bekerja keras didalam melaksanakan projek ternakan ikan keli ini. Dengan dibantu oleh 2 orang pembantu, beliau terus gigih meneruskan usahanya menternak ikan keli. Sebanyak 20 kolam kanvas telah disediakan sebagai permulaan untuk menternak keli. Mempunyai frame batang pinang bagi menyokong setiap kanvas serta beratapkan jaringan/netting hitam. Kolam-kolam kanvas dirapatkan dimana 10 kolam pertama diletakkan disebelah kiri manakala 10 kolam kedua diletakkan disebelah kanan. Terdapat laluan berjalan kaki ditengah-tengah diantara 10 kolam pertama dan kedua tersebut.







Projek menternak ikan keli ini baru sahaja beroperasi 4 bulan yang lalu (bulan Dis 2008). Projek ini diusahakan dengan lebih sistematik dengan pemberian makanan keatas ikan keli secara berjadual dan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Jadual pemakanan yang dipaparkan mengandungi masa-masa (jam) pemakanan dan jumlah sukatan (gm) makanan yang bakal diberikan. Kolam-kolam tidak mempunyai drain plug. Air yang akan dikeluarkan akan disedut menggunakan mesin pam penyedut air.











Lawatan ke sini telah dilakukan oleh Noh Fadzil sendiri. Ini bagi membolehkan kami bertanyakan perkara-perkara yang bersangkutan dengan projek penternakan ikan keli secara lebih fokus dan terancang. Noh Fadzil telah mendapatkan pandangan En Salleh dan pembantunya berkaitan projek ternakan ini. Sedikit ilmu yang diberikan oleh En Salleh benar-benar membantu kami yang baru hendak berjinak-jinak untuk memulakan projek ternakan ikan keli ini. Tinjauan disekeliling kolam ternakan serta penerangan oleh En Salleh telah dapat memberikan kami sedikit ilmu dan panduan yang berharga. Kepada En Salleh dan pembantunya, kami doakan agar projek ternakan ikan keli yang sedang diusahakan ini akan lebih berjaya dan mendapat pulangan serta keuntungan yang berlipat kali ganda pada masa akan datang.






Usaha yang gigih dan kental akan dapat membuahkan hasil yang lebih baik dan lumayan. Teruskan usaha ini dan semoga lebih berjaya…


1 comment:

  1. saya perlukan bekalan keli setiap minggu 10-15tan...harga rm3.00

    0146747601

    ReplyDelete

Iklan Kesihatan Istimewa-Cuba Klik Sini