Monday, May 11, 2009

Berbezakah Khasiat Ikan Keli Biasa dengan Ikan Keli Organik?

Bagi kalangan kami (usahawan penternak ikan keli organik) perkara ini sudah menjadi umum ataupun diketahui ramai, tetapi persoalannya selalu ditanya lagi. Kami tidak pasti adakah masih ramai yang masih tidak tahu atau pun tidak mengambil peduli tentang pemakanan mereka.

Bagi orang Islam sudah tentulah persoalan halal-haram ini menjadi isu yang sensitif. tapi betulkah? Masih tidak nampak satu bentuk anjakan yang jitu untuk menolak ikan-ikan keli yang dilambak di pasaran sekarang? Namun begitu persoalannya isu ini bukan sahaja menjangkau persoalan halal haram tetapi lebih kepada persoalan kualiti pemakanan kita untuk kesihatan tubuh badan manusia tidak kira agama atau bangsa!

Masih ramaikah yang tidak mengetahui atau TIDAK MENGAMBIL PEDULI?

Memang ikan segar (diulangi: IKAN SEGAR) samada ikan laut atau ikan air tawar masih tidak mencukupi untuk bekalan harian negara kita. Apa yang dibekalkan sekarang kebanyakkannya adalah ikan sejuk beku yang diimport dari negara-negara jiran terutamanya Thailand, Vietnam dan Indonesia. Ikan-ikan sejuk beku ini biasanya telah disimpan (stocking) oleh peniaga-peniaga pemborong ikan dalam jangkawaktu yang berbulan2 dan diletakkan ubat (preservative) untuk bertahan lama. Sudah tentu ada yang pernah membeli ikan yang nampaknya cantik dan segar dari luar tetapi setelah digoreng atau dimasak rasanya seperti ikan busuk!?

Oleh itu ikan keli menjadi satu alternatif yang paling mudah untuk dipasarkan kerana hanya ikan keli sahaja (berdasarkan kajian kami) yang paling mudah dan cepat boleh dihasilkan oleh penternak2 ikan air tawar. Oleh itu pelaburan dari penternakan ikan keli lebih cepat dan ikan keli juga terkenal dengan kelasakannya dan sukar mati kerana penyakit atau keracunan. Atas sifatnya sukar mati juga mudah dibekalkan dalam keadaan hidup dan sudah tentulah ianya amat segar!

Namun begitu itu bukan sebab yang utama mengapa kita dilambakkan dengan ikan-ikan keli yang tidak berkualiti walaupun murah. Memang diakui ikan keli lebih lazat dari ikan-ikan air tawar yang lain (jika kena cara penternakannya!) dan oleh kerana penghasilannya cepat maka ikan ini lebih murah berbanding ikan tilapia dan lain-lain. Nampaknya sudah menjadi satu trend kpd peniaga2 pemborong & pasaraya hypermarket yang berlumba-lumba menawarkan ikan keli dengan harga murah tetapi tidak peduli tentang kualiti dan cara penternakannya; asalkan murah itulah tagline perniagaan mereka?

Fakta paling penting untuk kita berfikir sejenak: Kebanyakkan Ikan-ikan keli Malaysia tidak dapat diterima untuk dieksport ke negara EU kerana TIDAK BERKUALITI. Negara Vietnam dan China mendahului tetapi Malaysia hanya tersenarai antara negara paling sedikit mengeksport ke EU dan Amerika Syarikat, iaitu negara pembeli ikan terbanyak di dunia! (Sumber rujukan: GLOBEFISH INT)

Pengguna Malaysia harus menuntut hak mereka mendapatkan ikan-ikan keli yang berkualiti. Justeru itu penternakan dan pemasaran KELIORganik ini perlu dimulakan merentasi halangan-halangan dari tindakan jualan lambakan di pasaran negara sekarang. Kami perlukan anda menyokong usaha kami.

Sumber: http://keliorganik.wordpress.com/

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Iklan Kesihatan Istimewa-Cuba Klik Sini